Intisari Ilmu Gaib Al Aufaq Imam Ghazali

Intisari Ilmu Ghaib 


Buku ini terjemah Al AUFAQ yang berisi petunjuk menggunakan wiqif-rajah-azimat-mantera dan doa untuk perisai diri, perlawanan, percintaan, memperlancar rizki dan berbagai hajat keperluan penting lainnya. 


Ilmu wifiq, rajah, azimat dan asmaa' adalah ilmu yang sangat popular di tanah Arab. Memang ilmu-ilmu ini bersumber dari sana, yang diciptakan oleh para ulama yang ahli dalam ilmu hikmah. Ilmu ini digarap dari sumber asalnya iaitu AL-QURAN yang kemudiannya diolah sedemikian rupa setelah disana-sini digubah, ditambah, dikurangi, dan dilengkapi menurut kepentingan masing-masing yang bersangkutan. Tentu saja pengolahan itu bukan bererti mengubah AL-QURAN, melainkan dia hanya sebagai sumber pengambilan sahaja yang diambil intisarinya.

Jadi ilmu wifiq, rajah, azimat dan asmaa' sebahagian besar terdiri daripada sandi-sandi yang berupa huruf-huruf hijaiyah, angka-angka Arab atau cuma berupa garis-garis sahaja. Meskipun begitu ilmu ini mengandungi kekuatan ghaib yang tak kalah hebatnya bila dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang mengandalkan kekuatan jasmani dan akal. Sebab cara pembuatannya bukan sekadar ditulis begitu sahaja, akan tetapi bersamaan dengan itu para ulama yang membuatnya melakukan pelbagai tirakat seperti berpuasa, solat malam, berzikir, mutih(mencegah makan makanan yang tertentu) dan sebagainya yang kesemuanya dimaksudkan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T serta memohon pertolongan kepadaNya. Setelah berbagai laku itu dikerjakan, lalu diadakan tajribah atau uji cuba untuk membuktikan kemujaraban atau keampuhan wifiq, rajah, azimat, dan asmaa' yang dibuat itu. Bila benar-benar telah berhasil memiliki keampuhan menurut kepentingan yang bersangkutan maka wifiq, rajah, azimat, asmaa' itu baru dapat digunakan.

Dan sekarang kita tinggal mewarisinya untuk digunakan dimana perlu. Sebab manusia dalam menempuh kehidupan tidak bisa lepas dan terhindar dari bermacam-macam kesulitan yang kadang-kadang kesulitan itu tidak dapat dihadapi atau diselesaikan dengan kekuatan jasmani(lahir) dan akal. Disini baru digunakan ilmu-ilmu gaib-samar dan abstrak seperti ilmu-ilmu yang tersebut diatas.

Ternyata ilmu-ilmu itu telah banyak menolong orang-orang yang baru dalam kesulitan atau mereka yang baru mempunyai hajat besar dan penting.

Kendatipun demikian, kita sebagai orang yang percaya akan kekuasaan ALLAH S.W.T, maka segala sesuatunya itu harus diserahkan sepenuhnya kepadaNya.Manusia itu hanya dapat berikhtiar, sedangkan Dia-lah yang menentukannya. Sehingga betapapun ampuh khasiat yang terkandung oleh wifiq, rajah, azimat, asmaa' atau yang sejenisnya, semuanya tak bererti apa-apa bila tidak dapat izin dari ALLAH S.W.T

Oleh itu, bagi orang-orang yang ingin mengamalkan ilmu-ilmu tersebut di atas harus selalu berjalan dan bertindak di dalam redha ALLAH S.W.T yang disebut taqwa, iaitu menjauhi segala larangan dan menjalankan semua perintah-Nya. Semoga kita termasuk orang-orang yang taqwa.

Antara kandungannya:

1. Zikir sebahgian nama-nama Allah dan rajah-rajahnya.
2. Surah An Nash dan khasiatnya.
3. Membungkam lisan.
4. Memindahkan orang dari rumah sewa.
5. Mengusir jin.
6. Wifik yang mashur dan fadlilahnya.
7. Wifik nama Allah Al Wasi'.
8. Wifik untuk mendatangkan berkah.
9. Merusak musuh dan harta bendanya.
10. Mengetahui saat tanggal.
11. Jadwal saat tujuh hari.
12. Jadwal perjam dalam sehari.
13. Mencerai beraikan musuh.
14. Mahabbah untuk ketenteraman suami isteri.
15. Membatalkan sihir atau tenung.
16. Memantapkan ucapan yang berbobot.
17. Wifik-wifik yang mendatangkan berkah.
18. Nama Allah Al Basith.
19. Nama Allah Al' Alim.
20. Musabbah penaklukan.
21. Menjaga kayu supaya tidak hilang.
22. Memenangkan perkara dalam sidang.
23. Menyumbat air kencing pencuri.
24. Ubat penyakit beser.
25. Wifik-wifik mujarab.
26. Macam-macam azimat.
27. Mengusir gangguan makluk halus.
28. Faedah penting.
29. Mengembalikan barang-barang berharga yang hilang.
30. Mencapai nikmat dalam bersetubuh.
31. Menghentikan beser darah bersetubuh.
32. Menjaga keselamatan perahu atau kapal.
33. Memecah belah persatuan.
34. Memperbanyak air susu.
35. Agar mudah tidur.
36. Rajah menambah keberanian.
37. Terbebas dari tanggungan hutang.
38. Rajah untuk menghadap para pembesar.
39. Wifiq muborak
40. Kopiah ajaib., dan lain sebagainya.

Alih Bahasa: M. Musyaffa' Asmuni

TB. Bahagia

Rp 75.000,- (dijual repro fotokopi cover tetap berwarna karena kelangkaan dan penerbitnya tutup)



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Sakti Mandraguna : Terjemah Manba'u Ushul Hikmah

Terjemah Kitab Abu Ma'syar Al Falaki : Ingin Mengetahui Nasib Anda

Doa Doa Jaljalut Kubro