Intisari Ilmu Gaib Al Aufaq Imam Ghazali
Intisari Ilmu Ghaib Buku ini terjemah Al AUFAQ yang berisi petunjuk menggunakan wiqif-rajah-azimat-mantera dan doa untuk perisai diri, perlawanan, percintaan, memperlancar rizki dan berbagai hajat keperluan penting lainnya. Ilmu wifiq, rajah, azimat dan asmaa' adalah ilmu yang sangat popular di tanah Arab. Memang ilmu-ilmu ini bersumber dari sana, yang diciptakan oleh para ulama yang ahli dalam ilmu hikmah. Ilmu ini digarap dari sumber asalnya iaitu AL-QURAN yang kemudiannya diolah sedemikian rupa setelah disana-sini digubah, ditambah, dikurangi, dan dilengkapi menurut kepentingan masing-masing yang bersangkutan. Tentu saja pengolahan itu bukan bererti mengubah AL-QURAN, melainkan dia hanya sebagai sumber pengambilan sahaja yang diambil intisarinya. Jadi ilmu wifiq, rajah, azimat dan asmaa' sebahagian besar terdiri daripada sandi-sandi yang berupa huruf-huruf hijaiyah, angka-angka Arab atau cuma berupa garis-garis sahaja. Meskipun begitu ilmu ini mengandungi kekuatan ghaib...